Sesi Ramah Mesra Bersama Para Pelajar Baharu

Warga Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Kelantan mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada pelajar baharu fakulti yang telah mendaftar pada 9 Oktober yang lalu. Seramai 53 orang pelajar telah menghadiri Sesi Ramah Mesra yang telah diadakan pada pagi ini bertempat di Foyer Bangunan FBI. Para pelajar tersebut terdiri daripada 26 orang pelajar program Sarjana Muda Komunikasi Perniagaan dengan Bahasa Inggeris serta 25 orang pelajar program Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Keusahawanan. Program ini juga telah disertai oleh sebahagian staf akademik fakulti yang turut sama meraikan kedatangan pelajar baharu ke dalam keluarga besar FBI. Didoakan semoga perjalanan menuntut ilmu para pelajar akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.